Organisasi Kelab Orator ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa baru yang telah berjaya melayakkan diri untuk meneruskan pengajian anda di Universiti Malaya pada tahun 2009 ini. sesungguhnya anda semua adalah insan yang terpilih untuk mencorak kegemilangan universiti yang terulung ini pada masa hadapan.
Di kesempatan ini juga, kami kira masih tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada mahasiswa baru yang telah mendaftarkan diri anda di Kolej Kediaman Za'ba. Semoga mahasiswa baru pada tahun ini dapat menunjukkan prestasi yang baik dan mampu mengharumkan nama kolej kediaman ini sama ada di peringkat universiti mahupun di peringkat negara atau lebih tinggi lagi. Barisan ahli jawatankuasa tertinggi kelab ini amat berharap agar anda semua akan memberi sokongan serta komitmen yang tidak terhingga kepada setiap projek atau pun majlis yang berlangsung dan akan dijalankan oleh Koleh Kediaman Za'ba.
Oleh yang sedemikian, di sini kami amat mengalu-alukan mana-mana mahasiswa baru khususnya serta mahasiswa senior amnya untuk menyertai Kelab Orator Za'ba ini. Marilah bersama-sama beramai-ramai menyertai kelab ini yang merupakan antara kelab yang aktif di kolej ini. Sesi pengambilan ahli baru akan dijalankan pada 6 Ogos 2009 (Khamis) ini. Sehubungan itu, anda adalah digalakkan untuk menyertai kelab ini serta kelab-kelab lain yang ditubuhkan di Kolej Kediaman Za'ba.
Penyertaan anda amatlah dihargai. Pelbagai projek telah dirangka pada Sesi 09/10 ini bagi memastikan kesemua ahli Kelab Orator Za'ba memperoleh pengalaman serta memori yang amat berguna dan tidak dapt dilupakan. Kepada mahasiswa yang berminat, janganlah malu atau segan untuk menyertai kelab ini. Barisan ahli jawatankuasa tertinggi akan cuba memberikan bantuan dan tunjuk ajar yang sebaik mungkin bagi memastikan segala projek yang akan dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.Marilah beramai-ramai mendaftarkan diri anda sebagai ahli Kelab Orator Za'ba. Penyertaan adalh terbuka kepada semua Za'bahan tanpa mengira agama, bangsa dan jantina demi menyahut seruan OneMalaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Jadikan tema Kami Bersatu menjadi realiti di kolej yang tercinta ini.
Mock Teaching Slide: Somatic Embryogenesis
9 years ago
