CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 12, 2010

Pidato Piala Za'ba 2010!

Pertamanya, saya ingin meminta maaf kerana membiarkan blog ini bersawang.

Niat untuk membuat entri baru sentiasa ada, namun tidak dapat direalisasikan kerana macam-macam perkara yang menjadi penghalang.

Biarlah, semua itu sudah berlalu.

Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama!

Tahniah kepada ahli Kelab Orator kerana berjaya mengadakan pertandingan ini walaupun terdapat beberapa masalah sebelum dan semasa pertandingan ini dijalankan.

Itu semua adalah perkara biasa. Walau segigih manapun kita cuba untuk memberi kesempurnaan kepada sesuatu, perkara tersebut tidak akan berlaku kerana tiada apa yang sempurna di muka bumi ini selain Allah s.w.t

Apa yang boleh kita lakukan ialah memberi sehabis baik dalam melaksanakan sesuatu perkara!
Betul atau tidak?

Di bawah ini ialah gambar sekitar persiapan untuk Pertandingan Pidato Piala Za'ba 2010.













Di bawah ini pula ialah gambar selepas pertandingan berlangsung.





Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua peserta, ahli-ahli Kelab Orator, JIK/JTK Kolej Kediaman Za'ba dan warga Kolej Za'ba kerana sama-sama memeriahkan pertandingan pada kali ini! Jumpa lagi di tahun hadapan.

Monday, August 3, 2009

Selamat Mengharungi Cabaran Baru

Organisasi Kelab Orator ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa baru yang telah berjaya melayakkan diri untuk meneruskan pengajian anda di Universiti Malaya pada tahun 2009 ini. sesungguhnya anda semua adalah insan yang terpilih untuk mencorak kegemilangan universiti yang terulung ini pada masa hadapan.

Di kesempatan ini juga, kami kira masih tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada mahasiswa baru yang telah mendaftarkan diri anda di Kolej Kediaman Za'ba. Semoga mahasiswa baru pada tahun ini dapat menunjukkan prestasi yang baik dan mampu mengharumkan nama kolej kediaman ini sama ada di peringkat universiti mahupun di peringkat negara atau lebih tinggi lagi. Barisan ahli jawatankuasa tertinggi kelab ini amat berharap agar anda semua akan memberi sokongan serta komitmen yang tidak terhingga kepada setiap projek atau pun majlis yang berlangsung dan akan dijalankan oleh Koleh Kediaman Za'ba.

Oleh yang sedemikian, di sini kami amat mengalu-alukan mana-mana mahasiswa baru khususnya serta mahasiswa senior amnya untuk menyertai Kelab Orator Za'ba ini. Marilah bersama-sama beramai-ramai menyertai kelab ini yang merupakan antara kelab yang aktif di kolej ini. Sesi pengambilan ahli baru akan dijalankan pada 6 Ogos 2009 (Khamis) ini. Sehubungan itu, anda adalah digalakkan untuk menyertai kelab ini serta kelab-kelab lain yang ditubuhkan di Kolej Kediaman Za'ba.


Penyertaan anda amatlah dihargai. Pelbagai projek telah dirangka pada Sesi 09/10 ini bagi memastikan kesemua ahli Kelab Orator Za'ba memperoleh pengalaman serta memori yang amat berguna dan tidak dapt dilupakan. Kepada mahasiswa yang berminat, janganlah malu atau segan untuk menyertai kelab ini. Barisan ahli jawatankuasa tertinggi akan cuba memberikan bantuan dan tunjuk ajar yang sebaik mungkin bagi memastikan segala projek yang akan dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

Marilah beramai-ramai mendaftarkan diri anda sebagai ahli Kelab Orator Za'ba. Penyertaan adalh terbuka kepada semua Za'bahan tanpa mengira agama, bangsa dan jantina demi menyahut seruan OneMalaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Jadikan tema Kami Bersatu menjadi realiti di kolej yang tercinta ini.

Wednesday, February 18, 2009

POSTER PPZ '09

PeRtandIngan PiDato PiaLa Za'BA

Kelab Orator Za'ba akan mengadakan Pertandingan Pidato Piala Za'ba 2009. Projek tahunan ini adalah julung-julung kali diadakan sempena program Citrawarna Za'ba.
Pertandingan ini bertujuan mengasah bakat berpidato dalam kalangan mahasiswa UM dan seterusnya merebut Piala Pusingan pertandingan ini.
Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 Mac 2009

Masa : 2.00 ptg - 5.45 ptg

Tempat : Dewan Nukleus, Kolej Kediaman Za'ba, UM

Tema : Kehijauan Rimba, Keamanan Dunia

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Aini ( 013-9112581),
Aril (012-5041196),
Pa'e (017-7559295).

Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa Universiti Malaya sahaja.
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Pertandingan dijalankan dalam Bahasa Melayu sahaja.
Peserta diperuntukkan 8 minit untuk berpidato.



Tajuk yang dipertandingan adalah seperti berikut :

1) Kekalkan Keindahan, Sayangilah Alam Sekitar

2) Buana Indah, Usah Dibiar Musnah

3) Pemanasan Global : Tanggungjawab Siapa?

4) Keamanan Dunia Tanggungjawab Bersama

5) Nuklear : Wajar atau Tidak?

6) Hentikan Tangisan, Kembalikan Senyuman.


Tarikh tutup penyertaan adalah 28 Februari 2009.
Hadiah yang lumayan menanti anda.

Tuesday, February 17, 2009

Organisai KELaB


Organisasi Majlis Tertinggi


Penaung : Prof Madya Dr Mohd Salleh Bin Aman

Penyelia penasihat : Cik Nurul Suraya Binti Mohd Zain

Pengerusi : Shahril Efzueni Bin Rozali

Timb. Pengerusi 1 : Jared Raymond

Timb. Pengerusi 2 : Nurulaini Binti Taib

Setiausaha : Shamirah Binti Kunyu

Timb Setiausaha : Sharida Binti Che Amdan

Bendahari : Shakirah Binti Abd Rahim

Timb. Bendahari : Abdul Hadi Bin Mat Som




Ahli Jawatankuasa Kerja:

Penolong Pengarah Tajaan : Hami Elmi Binti Hussin
AJK : Soon Li Wei

Penolong Pengarah Publisiti : Siti Fairus Binti Abdul Rahman
AJK : Zuraidah Binti Zulkifli


Penolong Pengarah Protokol : Fatimah Binti M. Khairi
AJK : Siti Nurfatihah Binti Zakaria


Penolong Pengarah Domestik : Norfarahin Binti Abdullah
AJK : Radhiah Binti Yunus

Thursday, February 12, 2009

SELamAt DaTaNG...

Terima kasih kerana melayari laman blog ini..

Prolog..

Blog kelab orator za'ba ini masih baru serta masih muda. Tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi memudahkan pengunjung di luar sana untuk mengetahui perkembangan semasa aktiviti serta projek kelab ini.

Kelab Orator Za'ba merupakan salah sebuah badan pelajar yang berdaftar di Kolej Kediaman Za'ba, Universiti Malaya. Agenda utama kelab ini ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan warga Kolej Kediaman Za'ba dalam arena orator seperti debat, puisi, pantun, forum, pengacaraan dan sebagainya di samping memberi penekanan dari aspek berorganisasi.

Pelbagai projek menarik telah berjaya diatur dan dilaksanakan dengan jayanya oleh kelab ini semenjak awal penubuhannya secara rasmi hampir 5 tahun yang lalu. Kerjasama dan komitmen yang ditonjolkan oleh para pelajar dan pihak pentadbiran kolej merupakan kunci kejayaan dalam setiap agenda yang dirancang oleh kami. Selain daripada pelaksanaan projek, kelab ini juga turut mengukir kejayaan dalam pelbagai acara pertandingan orator terutamanya seperti debat dan pidato.

Kejayaan-kejayaan para pelajar senior ini telah menjadi inspirasi kepada perjuangan bagi ahli kelab sekarang ini ke arah mengekalkan kewujudan kelab orator di Kolej Kediaman Za'ba. Semoga kelab ini akan terus mampu melahirkan bakat-bakat baru yang berkeyakinan serta berketrampilan unggul dari aspek memimpin demi memartabatkan nama Kolej Kediaman Za'ba sama ada dalam peringkat kampus mahupun negara.

Ulasan serta komen berharga daripada pengunjung di luar sana amatlah diharapkan demi meningkatkan lagi keberkesanan dan kelancaran segala plan yang diatur oleh kelab ini. Kelab Orator Za'ba amat mengharapkan kehadiran ahli-ahli baru bagi sesi 2008/2009 bagi meneruskan kesinambungan usaha murni kelab demi kemaslahatan kehidupan pelajar.

Projek terbaru yang akan dilaksanakan adalah Pertandingan Pidato Piala Za'ba. Projek mega ini diadakan sempena program Citarawarna Za'ba dari 25 Februari hingga 1 Mac 2009. Segala maklumat berkaitan pertandingan ini, boleh diperoleh dari laman ini atau terus menghubungi pihak kami.

Sekian terima kasih.