CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 12, 2009

SELamAt DaTaNG...

Terima kasih kerana melayari laman blog ini..

Prolog..

Blog kelab orator za'ba ini masih baru serta masih muda. Tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi memudahkan pengunjung di luar sana untuk mengetahui perkembangan semasa aktiviti serta projek kelab ini.

Kelab Orator Za'ba merupakan salah sebuah badan pelajar yang berdaftar di Kolej Kediaman Za'ba, Universiti Malaya. Agenda utama kelab ini ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan warga Kolej Kediaman Za'ba dalam arena orator seperti debat, puisi, pantun, forum, pengacaraan dan sebagainya di samping memberi penekanan dari aspek berorganisasi.

Pelbagai projek menarik telah berjaya diatur dan dilaksanakan dengan jayanya oleh kelab ini semenjak awal penubuhannya secara rasmi hampir 5 tahun yang lalu. Kerjasama dan komitmen yang ditonjolkan oleh para pelajar dan pihak pentadbiran kolej merupakan kunci kejayaan dalam setiap agenda yang dirancang oleh kami. Selain daripada pelaksanaan projek, kelab ini juga turut mengukir kejayaan dalam pelbagai acara pertandingan orator terutamanya seperti debat dan pidato.

Kejayaan-kejayaan para pelajar senior ini telah menjadi inspirasi kepada perjuangan bagi ahli kelab sekarang ini ke arah mengekalkan kewujudan kelab orator di Kolej Kediaman Za'ba. Semoga kelab ini akan terus mampu melahirkan bakat-bakat baru yang berkeyakinan serta berketrampilan unggul dari aspek memimpin demi memartabatkan nama Kolej Kediaman Za'ba sama ada dalam peringkat kampus mahupun negara.

Ulasan serta komen berharga daripada pengunjung di luar sana amatlah diharapkan demi meningkatkan lagi keberkesanan dan kelancaran segala plan yang diatur oleh kelab ini. Kelab Orator Za'ba amat mengharapkan kehadiran ahli-ahli baru bagi sesi 2008/2009 bagi meneruskan kesinambungan usaha murni kelab demi kemaslahatan kehidupan pelajar.

Projek terbaru yang akan dilaksanakan adalah Pertandingan Pidato Piala Za'ba. Projek mega ini diadakan sempena program Citarawarna Za'ba dari 25 Februari hingga 1 Mac 2009. Segala maklumat berkaitan pertandingan ini, boleh diperoleh dari laman ini atau terus menghubungi pihak kami.

Sekian terima kasih.

0 comments: